Mahasiswa Perak Sejahtera diperluas ke UiTM Tapah, UPSI tahun depan

PARIT – Kerajaan Perak akan memperluaskan program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Tapah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program yang bermula di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 2023 itu membantu pelajar mendapatkan makanan yang mencukupi dan berkhasiat supaya mereka  menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“Kita buat program ini sebab saya tidak mahu dengar kalau ada pelajar yang berhenti belajar kerana tidak cukup makan.

“Jumlah RM200 mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah orang amun bagi mahasiswa yang berjimat hingga ke hari minggu terakhir, jumlah ini membawa erti yang jauh lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, di sini pada Isnin.

Mahasiswa Perak Sejahtera diperluas ke UiTM Tapah, UPSI tahun depan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan replika cek Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seri Iskandar. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MEI 2025.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani menjelaskan bahawa bantuan itu secara tidak langsung membantu pelajar untuk menghadapi pengajian dengan tenang serta fokus kepada pelajaran tanpa tekanan.

“Tidak mengapa jika miskin duit kerana ada orang yang akan membantu tetapi jangan miskin semangat terutamanya dalam menuntut ilmu.

“Miskin semangat, tiada siapa boleh bantu dan jangan mudah putus asa,” ujarnya.

Program MPS telah dilancarkan pada 28 Oktober 2022 di USAS, dan pelaksanaannya bermula pada Disember 2023 di universiti sama, melibatkan 200 mahasiswa dalam kalangan B40 dan asnaf.

Bantuan sebanyak RM150 sebulan disalurkan bagi membantu pelajar mendapatkan makanan yang mencukupi dan berkhasiat.

Tahun ini, selain USAS, program tersebut diperluas ke UiTM Perak Cawangan Seri Iskandar dan Universiti Teknologi Petronas (UTP), dengan kadar bantuan dinaikkan kepada RM200 sebulan menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.5 juta setahun. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penceramah luar dilarang mengajar agama tanpa tauliah di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI