Mahasiswa Program Siswa Sulung 2.0 UPSI perlu tingkat ketrampilan hadapi cabaran global

TANJUNG MALIM – Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dengan program Siswa Sulung 2.0 disaran meningkatkan keterampilan dalam tiga aspek bagi menghadapi cabaran kehidupan selepas tamat pengajian.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, mahasiswa yang mengikuti program tersebut perlu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa termasuk bahasa antarabangsa bagi menyerlahkan keterampilan mereka.

Menurutnya, mahasiswa perlu menjadi benteng hadapan fakulti dalam menyerlahkan peranan kesukarelawanan sehingga menjulang nama fakulti masing-masing.

“Saya berharap mahasiswa yang menyertai program ini menguasai pelbagai kemahiran seperti yang didedahkan oleh universiti sepanjang pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian majlis Siswa Sulung 2.0 di Dewan Bankuet, Dewan Tuanku Canselor, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, di sini.

Majlis anjuran Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajar (SKPP) Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) itu menyaksikan seramai 116 mahasiswa yang kesemuanya dari kategori B40 menerima replika cek sumbangan pembiayaan pendidikan untuk menampung pengajian mereka.

Dalam pada itu, Md Amin berkata, mahasiswa yang mengikuti program tersebut mendapat manfaat pengecualian lima jenis yuran sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak pengurusan tertinggi universiti mengikut semester masing-masing.

Katanya, pembiayaan tersebut adalah di antara RM72,000 sehingga RM90,000 mengikut bidang pengajian bagi keseluruhan 116 pelajar program berkenaan.

“Saya yakin anak-anak mahasiswa B40 memiliki daya tahan yang tinggi dalam mengharungi cabaran sepanjang pengajian sehingga tamat pengajian,” ujarnya.

Program sulung yang bermula pada tahun 2022 hasil cetusan idea mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sri Noraini  Abdullah melihat akan pentingnya anak-anak yang sulung didalam keluarga yang pertama masuk ke universiti yang berstatus B40.

UPSI adalah antara lapan buah universiti awam yang terpilih untuk melaksanakan program Siswa Sulung di Malaysia demi kebajikan mahasiswa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UPSI lantik semula Md Amin sebagai naib canselor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI