Mahkamah kecoh sebaik sahaja Ismanira diperintah ke penjara serta-merta

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ismanira Abdul Manaf dipenjara serta-merta di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dua tahun lalu.

Hakim Dr. Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas menolak permohonan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Tertuduh gagal menunjukkan faktor keistimewaan yang membolehkannya untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan,” katanya ketika membacakan keputusan.

Keputusan itu telah mencetuskan suasana tegang di mahkamah apabila keluarga tertuduh tidak dapat menahan emosi.

Suami tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari dilihat cukup beremosi apabila terjerit-jerit sebaik sahaja keputusan dibacakan.

“Biar Allah melaknat kamu semua,” jeritnya.

Ibu Zaim yang turut menangis, kemudian menjerit ke arah pengamal media yang membuat liputan.

Reaksi bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari yang cuba ditenangkan ahli keluarga selepas Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara ke atas isterinya, Ismanira Abdul Manaf atas kesalahan pengabaian kanak-kanak autisme tersebut di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. Foto SADIQ SANI, 31 OKTOBER 2025

“Pembunuh masih di luar, kamu penjarakan ibunya,” katanya.

Suasana bertambah kecoh apabila Zaim gagal mengawal kemarahan, menjerit sambil mengetap gigi mendorong lebih 10 individu termasuk ahli keluarga dan beberapa anggota polis memegangnya untuk menenangkan lelaki ini.

Ayahnya kemudian memeluk Zaim sambil berulang kali berkata, “Sabar, sabar, jangan”.

Ismanira yang berada di kandang tertuduh oula menangis teresak-esak sambil memanggil suaminya, sebelum anggota polis mengiringinya keluar dari mahkamah.

Dalam kekecohan itu, ibu kepada Zaim sempat memegang tangan menantunya sambil menangis, sebelum Ismanira dibawa keluar oleh anggota polis.

Beberapa anggota polis kemudian mengiring keluar seluruh keluarga tertuduh bagi mengawal keadaan di perkarangan mahkamah.

Pada 13 Jun tahun lalu, Ismanira dan suaminya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama mengabaikan Zayn Rayyan, 6, yang juga anak autistik hingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Kejadian itu berlaku di sekitar Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, antara 5 dan 6 Disember 2023.

Dalam pada itu, pihak pembelaan berkata akan meneruskan proses rayuan di Mahkamah Tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI