MAIPk Bestari bantu mudahkan pembayaran zakat

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperkenalkan aplikasi ‘MAIPk Bestari’ sebagai inisiatif memudahkan urusan pembayaran zakat seperti zakat fitrah menerusi kaedah di hujung jari.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, melalui aplikasi itu, imbasan kod respons pantas atau kod QR akan membawa pelayar kepada tiga kaedah pilihan pembayaran iaitu ‘SenangPay’, ‘QR Bank’ dan Tunai Aplikasi.

Aplikasi MAIPk Bestari Pembayaran zakat online Perak MAIPk Bestari zakat fitrah Bayar zakat Perak secara digital Aplikasi zakat fitrah Perak Kutipan zakat MAIPk Zakat fitrah QR code Kemudahan bayar zakat Perak Syamsul Hazeman
Timbalan Mufti Negeri Perak, Datuk Zamri Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman Md Salleh pada sidang media Majlis Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Tahun 1446H/2025M Negeri Perak dan Peluncuran Aplikasi MAIPk Bestari di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 FEBRUARI 2025.

“Aplikasi ini dibangunkan sebagai menyusun semula pelbagai capaian pembayaran zakat yang telah disediakan MAIPk sebelum ini.

“Selepas ini, pengguna hanya perlu satu capaian sahaja dalam apa-apa urusan pembayaran zakat sama ada zakat fitrah, pendapatan, wakaf dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman Kadar Fitrah Tahun 1446 Hijrah / 2025 dan Peluncuran Awal Aplikasi MAIPk Bestari di Kompleks Islam Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim serta Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Aplikasi MAIPk Bestari Pembayaran zakat online Perak MAIPk Bestari zakat fitrah Bayar zakat Perak secara digital Aplikasi zakat fitrah Perak Kutipan zakat MAIPk Zakat fitrah QR code Kemudahan bayar zakat Perak Syamsul Hazeman
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan peluncuran aplikasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Bestari pada Majlis Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Tahun 1446H/2025M Negeri Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut sama Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 FEBRUARI 2025.

Tambah Syamsul Hazeman, melalui aplikasi MAIPk Bestari yang akan boleh dimuat turun bermula 1 Ramadan nanti, kaedah kutipan zakat menjadi lebih efisien, telus, dan selamat berbanding kaedah konvensional.

Jelas beliau, walaupun kaedah pembayaran zakat secara bersemuka masih dikekalkan namun, 1,938 amil di seluruh Perak akan menggunakan aplikasi itu dalam kutipan zakat fitrah.

Ujar beliau, kaedah itu secara tidak langsung dapat mengelakkan sebarang insiden tidak diingini membabitkan dana zakat seperti ketirisan dan sebagainya.

“Kita tidak menafikan bahawa kaedah pembayaran zakat fitrah secara konvensional boleh dimanipulasi dan sebagainya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Justeru, melalui MAIPk Bestari, semua transaksi pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun rasmi MAIPk, manakala resit zakat dihantar terus ke e-mel pembayar,” katanya.

Dalam pada itu Syamsul Hazeman berharap agar inisiatif yang diwujudkan dapat menggalakkan lebih ramai umat Islam di negeri ini dalam menunaikan rukun Islam keempat itu, bagi ia disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

“Jumlah kutipan zakat fitrah di seluruh Perak pada tahun lalu adalah RM13.09 juta. Dan kita melihat sudah ada kesedaran masyarakat Islam untuk jujur dalam memilih pilihan kadar zakat fitrah mengikut jenis beras yang digunakan secara harian,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak tetapkan kadar zakat fitrah, RM10, RM16, dan RM27

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI