MAIPk salur RM5.5 juta perkasa asnaf melalui keusahawanan

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta bagi memperkasa golongan asnaf menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) dan Program Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, Program PROPER A yang melibatkan 70 peserta asnaf tampil dengan pendekatan lebih dinamik dan berbeza dengan tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman Md Salleh ketika melawat reruai pameran pada Majlis Penyerahan Kelengkapan Perniagaan Usahawan Program Pemerkasaan Asnaf (PROPER A) Tahun 2025 dan Pelancaran Program Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) MAIPk di Galasa Caldwell, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 OGOS 2025.

Katanya, di bawah program berkenaan, MAIPk memperkenalkan kursus baik pulih telefon pintar dan perkhidmatan gunting rambut secara bergerak, di samping turut mendedahkan peserta kepada kursus francais minuman kopi dan francais Roti Kaya Junus.

“Bagi konsep perniagaan bergerak, peserta menerima motosikal lengkap dengan kit perniagaan. Manakala bagi francais, mereka menerima sokongan penuh dari jenama yang telah dikenali yang akan memudahkan proses pemasaran serta operasi.

“Malah kita juga memperuntukkan dana antara RM8,000 ke RM14,000 kepada setiap peserta, bergantung kepada bentuk perniagaan atau perkhidmatan yang mereka mahu usahakan.

“Di bawah usaha ini juga, sebanyak 50 motosikal disediakan MAIPk bagi peserta yang terlibat dengan perkhidmatan baik pulih telefon pintar dan perkhidmatan gunting rambut secara bergerak,” katanya.

MAIPk salur RM5.5 juta bantu asnaf Program PROPER A, Program UPAYA MAIPk, usahawan asnaf Perak, bantuan MAIPk 2025, motosikal usahawan bergerak, keusahawanan asnaf MAIPk
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman Md Salleh ketika sesi bergambar bersama peserta usahawan pada Majlis Penyerahan Kelengkapan Perniagaan Usahawan Program Pemerkasaan Asnaf (PROPER A) Tahun 2025 dan Pelancaran Program Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) MAIPk di Galasa Caldwell, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 OGOS 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kelengkapan Program PROPER A dan Pelancaran Program UPAYA MAIPk di Galasa Caldwell, dekat sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut beliau berkata, perkhidmatan baik pulih telefon pintar dan gunting rambut secara bergerak merupakan projek rintis MAIPk yang diharap mampu memberi pulangan lumayan kepada peserta.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman Md Salleh (kiri) ketika gimik perasmian Majlis Penyerahan Kelengkapan Perniagaan Usahawan Program Pemerkasaan Asnaf (PROPER A) Tahun 2025 dan Pelancaran Program Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) MAIPk di Galasa Caldwell, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 OGOS 2025.

“Model perkhidmatan secara bergerak ini adalah sesuatu yang baharu kita terokai, dan kita harap ia membuahkan hasil yang baik kepada pelanggan mahupun asnaf yang terlibat,” katanya.

Syamsul Hazeman memberitahu, sementara di bawah program UPAYA, seramai 60 peserta asnaf diperkenalkan dengan kursus menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang makanan dengan kerjasama beberapa pengusaha jenama tempatan.

Kata beliau, setiap peserta akan menerima bantuan merangkumi peralatan, latihan, pemantauan antara tiga hingga enam bulan, serta bimbingan berterusan daripada MAIPk.

Jelas Syamsul Hazeman lagi, usaha itu bertujuan membantu peniaga kecil menjana pendapatan lebih tinggi bagi menampung keperluan diri dan keluarga.

MAIPk salur RM5.5 juta bantu asnaf Program PROPER A, Program UPAYA MAIPk, usahawan asnaf Perak, bantuan MAIPk 2025, motosikal usahawan bergerak, keusahawanan asnaf MAIPk
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman Md Salleh ketika sidang media Majlis Penyerahan Kelengkapan Perniagaan Usahawan Program Pemerkasaan Asnaf (PROPER A) Tahun 2025 dan Pelancaran Program Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) MAIPk di Galasa Caldwell, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 OGOS 2025.

Menurut beliau, semua asnaf terlibat akan mengikuti pelbagai kursus seperti pengurusan kewangan, pemasaran digital, pensijilan halal, penampilan dan imej usahawan, seminar motivasi dan hala tuju usahawan serta program motivasi hijrah minda.

“Kita tidak mahu melihat lambakan atau limpahan sesuatu perniagaan atau perkhidmatan di pasaran.

“Oleh itu, MAIPk sentiasa berusaha mencari pelbagai kursus baharu agar program yang disertai oleh asnaf dapat memberi impak yang memenuhi kehendak semasa,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MAIPk lancar buku Laporan Eksekutif Impak Kelestarian Sosial 2023

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI