MAIWP ambil langkah perlu, elak insiden seleweng zakat berlaku

KAMPAR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melakukan pemantauan rapi bagi memastikan insiden penyelewengan wang kutipan zakat tidak berlaku di bawah institusi mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fauzi Abidin berkata, antara langkah yang diambil adalah tidak melantik terlalu ramai ejen zakat, sebaliknya urusan kutipan zakat diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP.

Katanya, sebuah jawatankuasa audit dan pemantauan oleh Lembaga MAIWP sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan segala urusan kutipan wang zakat oleh badan tersebut bebas daripada sebarang unsur yang meragukan.

MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Fauzi Abidin pada sesi sidang media selepas merasmikan Program Tanggungjawab Korporat (CSR) ELIS 3.0 Bersama Akademi Darul Quran Darul Huffaz di Perkarangan Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JANUARI 2024.

“Kita mengambil pengalaman dan pengajaran di negeri-negeri yang terlibat, supaya dalam hal ini kita sentiasa melakukan tindakan perlu untuk kebaikan masa akan datang.

“Kita bimbang persepsi masyarakat jika berlaku ketirisan sedemikian, ia akan memberi kesan besar kepada umat Islam di seluruh Malaysia.

“Oleh itu, kita cuba yang sebaik mungkin supaya tidak berlaku perkara-perkara yang sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bersama Akademi Darul Quran Darul Huffaz di Taman Bandar Baru, dekat sini, pada Isnin.

MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah
Kakitangan MAIWP bersama Akademi Darul Quran Darul Huffaz melakukan aktiviti gotong royong di Perkarangan Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JANUARI 2024.

Hadir sama, Pengurus Pembangunan Sumber Manusia MAIWP, Farizah Kamarudin serta Mudir Akademi Darul Quran Darul Huffaz Kampar, Ahmad Fakhrur Razi Ahmad Mahfuz.

Mohd Fauzi sebelum itu diminta mengulas berkenaan insiden penyelewengan kutipan wang zakat sebanyak RM9.62 juta oleh sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk), baru-baru ini.

Susulan itu, pada 5 Januari lalu, media melaporkan pasangan suami isteri masing-masing berusia 50 dan 53 tahun ditahan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi memaklumkan MAIWP menggalakkan pembayar zakat untuk melaksanakan pembayaran zakat fitrah melalui kaedah secara atas talian.

MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah
Pelajar-pelajar Akademi Darul Quran Darul Huffaz melakukan aktiviti gotong royong di Perkarangan Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JANUARI 2024.

“Sebahagian besar masyarakat kita masih lagi menggunakan kaedah pembayaran zakat secara konvensional iaitu secara tunai.

“Dan kini, kita telah menyenaraikan mereka yang dilantik sebagai amil yang mana kita telah membuat tapisan awal bagi memastikan mereka ini bebas daripada sebarang masalah,” katanya lagi.

MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah MAIWP zakat seleweng langkah
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Fauzi Abidin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mudir Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Ahmad Fakhrul Razi Ahmad Mahfuz pada Program Tanggungjawab Korporat (CSR) ELIS 3.0 Bersama Akademi Darul Quran Darul Huffaz di Perkarangan Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JANUARI 2024.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Fauzi menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada Akademi Darul Quran Darul Huffaz Kampar berjumlah RM19,000.

Program CSR itu adalah sebahagian daripada kursus Effective Leadership and Interpersonal Skills (ELIS) Siri Ketiga selama dua hari bermula Sabtu yang melibatkan pegawai-pegawai kanan MAIWP. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis teruskan siasatan kes suami isteri seleweng duit Zakat MAIPk

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI