Majlis Benih Negara di peringkat penelitian terakhir – Mohamad

PASIR SALAK – Majlis Benih Negara berada di peringkat penelitian terakhir sebelum dilancarkan kata Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut Mohamad, kerajaan memandang serius soal benih negara bagi memastikan ia tidak dimonopoli mana-mana syarikat atau negara tertentu.

“Di peringkat Kementerian kita telah mewujudkan Majlis Benih Negara yang akan dilancarkan tidak lama lagi sekarang di peringkat penelitian akhir untuk dilancarkan.

“Biarlah benih ini diuruskan dengan cara yang tertib dan kita ada satu lembaga benih negara untuk mengawal benih-benih apa saja yang bersifat tumbuhan, ternakan di Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Clearfield® Baharu MR CL3 dan MR CL4 di Pusat Benih Padi Felcra Berhad, Seberang Perak, di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak; Pengerusi MARDI, Dr. Azman Ismail dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Majlis Benih Negara di peringkat penelitian terakhir - Mohamad
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hadir pada Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Clearfield Baharu Mardi MR CL3 dan MR CL4 di Pusat Benih Padi FELCRA Plantation Service Sdn Bhd, Seberang Perak, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 JULAI 2025.

Menurut beliau, antara fungsi majlis tersebut ialah sebagai pusat penyimpanan utama bagi menyimpan data pelbagai jenis benih yang ada di dalam negara.

“Sekiranya berlaku sebarang kemungkinan, kita masih mempunyai simpanan dan data lengkap benih yang boleh digunakan untuk penghasilan semula benih pada masa hadapan,” katanya.

Media pada Jun melaporkan penubuhan Majlis Penasihat dibarisi pelbagai pakar, ialah antara keputusan penting dicapai dalam mesyuarat Majlis Benih Negara bulan lalu.

Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, keputusan penting lain termasuklah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diberikan mandat sebagai peneraju Hab Benih Negara.

Mohamad berkata, pelaksanaan Agenda Keterjaminan Benih Negara boleh membantu Malaysia mencapai kemandirian dalam sektor benih tempatan.

“Ini bukan soal pertanian semata-mata, ini soal kedaulatan dan masa depan negara,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mardi perkenal dua varieti baharu padi MR CL3, MR CL4

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI