Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
SABAN tahun umat Islam berebut mengejar pahala apabila tibanya bulan Ramadan termasuklah menunaikan solat sunat tarawih setiap malam.
Lensa MG Perak sempat merakam suasana penduduk sekitar Taman Tasek Jaya, Ipoh, yang memenuhi ruangan saf Masjid Muhammadiah atau lebih dikenali dengan nama Masjid Cina Ipoh menunaikan solat sunat tarawih pada malam pertama Ramadan.
Terletak di Taman Tasek Jaya Ipoh, Masjid Cina Ipoh ini dibina sebagai surau kecil sebelum dinaik taraf kepada masjid pada 21 Disember 2007 dengan menggunakan reka bentuk seni bina kebudayaan cina di mana atap serta kepakarannya dibawa dari negara China.
Dengan menggunakan reka bentuk seni bina kebudayaan cina, Masjid Muhammadiah telah berjaya menarik ramai pelancong sama ada dari dalam ataupun luar negara datang melawat ke Masjid itu.