Malaysia sasar duduki tangga 25 ke atas indeks pembangunan sosial, rasuah – Zahid

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan nengara menduduki tangga 25 teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia dan Indeks Persepsi Rasuah akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin impian itu mampu dicapai menerusi pelaksanaan dan penguatkuasaan terhadap Dasar Sosial Negara (DSN) 2030.

Bagaimanapun menurutnya, Malaysia memerlukan dasar sosial yang lebih komprehensif dan menyeluruh untuk memacu agenda pembangunan sosioekonomi negara.

“Oleh itu, peluncuran DSN 2030 hari ini bertepatan dengan keperluan untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial.

“Ini bukti komitmen kita untuk membina sebuah negara lebih sejahtera, inklusif dan progresif. Namun, DSN 2030 hanya boleh direalisasikan hasil usaha dan kerjasama erat antara pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

“Kita mesti bekerja erat untuk membangunkan rakyat Malaysia yang sentiasa berpegang teguh kepada nilai murni sebagai asas kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap demikian pada majlis Perasmian Peluncuran DSN 2030 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, DSN 2030 juga membantu menetapkan hala tuju sosial negara serta mengenal pasti dan menyelesaikan isu sosial secara holistik.

“Biarpun kedudukan Malaysia meningkat ke tempat ke-35 dalam pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu, keberadaan di kedudukan ke-54 Indeks Kemajuan Sosial menunjukkan Malaysia belum mencapai keseimbangan diperlukan untuk menjadi negara maju sepenuhnya,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI