Mangsa banjir di Perak menurun kepada 307 orang

IPOH – Seramai 307 mangsa banjir daripada 59 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Orang Asli Chinggung, di daerah Muallim pada Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, jumlah mangsa banjir di PPS terbabit merekodkan penurunan berbanding semalam iaitu seramai 423 orang daripada 79 keluarga.

“Semua mangsa yang masih ditempatkan di PPS berkenaan merupakan penduduk Kampung Chinggong selepas kediaman mereka dinaiki air pada petang Selasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut bakal berlaku sebelah petang disusuli hujan pada sebelah malam di daerah Muallim.

Semalam MG Perak melaporkan seramai 423 orang terpaksa menyambut tahun baharu 2025 di dua PPS selepas kawasan penempatan mereka di Daerah Muallim terjejas banjir.

Daripada jumlah itu seramai 402 mangsa daripada 79 keluarga dari Kampung Chinggong ditempatkan di PPS Dewan Kampung Orang Asli Chinggung.

Manakala 21 mangsa daripada 11 keluarga lagi merupakan penduduk dari Kampung Sungai Sekiah yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

423 mangsa banjir di Perak berlindung di PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI