IPOH – Seramai 120 mangsa banjir daripada 35 keluarga masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) setakat jam 8 malam pada Sabtu.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, jumlah berkenaan merekodkan penurunan berbanding 210 mangsa daripada 68 buah keluarga di empat PPS pada awal pagi hari ini.
Katanya, sebuah PPS iaitu Dewan Serbaguna Taman Kaya, Taiping yang menempatkan 31 mangsa dari Taman Pengkalan Makmur, Taman Pengkalan Setia dan Kampung Sentosa ditutup pada jam 7.30 malam tadi.
“Seramai 36 mangsa mangsa dari dari Taman Mawar, Taman Simpang Makmur, Taman Indah, Taman Kota Jaya dan Kampung Jelapang Jaya masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang, Taiping.
“Sementara itu, SK Matang Taiping menempatkan 37 mangsa dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang manakala 47 mangsa dari Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor ditempatkan di SK Matang Gelugor,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu MG Perak melaporkan seramai 210 mangsa daripada 68 buah keluarga dipindahkan ke empat PPS di daerah LMS selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat pada Jumaat malam. -MG Perak