IPOH – Mangsa banjir di Perak kekal 117 orang daripada 39 buah keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terjejas setakat pagi Isnin.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, dua daerah yang terjejas banjir adalah Perak Tengah melibatkan Kampung Pulau Misa dan Kinta melibatkan empat kampung.
“Empat kampung yang terjejas akibat di daerah Kinta adalah Kampung Tanjung Tin, Kampung Pasir, Kampung Sikh dan Kampung Ayer Papan.
“Seramai 34 mangsa daripada 11 keluarga di tempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang, Bota di daerah Perak Tengah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, bagi daerah Kinta seramai 34 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Tanjung Tualang.
Manakala 49 mangsa dari 17 keluarga lagi ditempatkan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Paul. -MG Perak
Artikel Berkaitan:
MGPerak: Perak Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir 8 Hingga 14 Disember