Mansuh pencen, Saarani mahu teliti dahulu sebelum ulas

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad enggan memberi sebarang ulasan berkenaan isu pencen penjawat awam mahupun wakil rakyat sehingga beliau selesai meneliti perkara berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata, perkara yang menjadi perhatian umum sejak beberapa hari kebelakangan ini masih baharu dan kerajaan negeri masih belum meneliti sebarang kertas yang boleh dikaji.

“Saya nak baca kertas kabinet dahulu, hadam baru kita boleh buat ulasan,” jawabnya ringkat pada sidang media bersempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad.

Tambah Saarani, sama seperti Kerajaan Persekutuan, Perak turut mempunyai penjawat awam negeri yang berjawatan tetap dan merupakan penerima pencen selain berstatus kontrak.

“Jadi, saya tidak mahu komen apa-apa sebab takut tidak sama dengan apa yang disebutkan (kerajaan Persekutuan), tapi saya tahu bahawa cadangan ini pernah dibincangkan oleh beberapa kerajaan sebelum ini dan bukannya secara tiba-tiba.

“Saya pasti (keputusan Kabinet) ada rasionalnya tersendiri, sehubungan itu, kita akan meneliti dan melihat apa kesan (mansuh pencen) kepada sistem pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Presiden Amanah, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Terdahulu media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Beliau berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak ikut langkah Persekutuan mansuh pencen penjawat awam

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI