Maritim Perak rampas 30 set bubu naga bernilai RM3,000

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, merampas sebanyak 30 set bubu naga bernilai hampir RM3,000 di sekitar Pulau Talang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bubu tersebut dikesan sepasukan anggota Maritim Perak yang sedang melaksanakan rondaan dengan penemuan bendera yang mencurigakan di lokasi berkenaan.

“Pasukan itu kemudiannya menghampiri kawasan tersebut dan mendapati bendera berwarna biru yang diikat pada pancang kayu adalah penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga berukuran 10 meter panjang setiap satu yang dipasang secara berangkai itu kemudiannya dirampas di kedudukan sekitar 3.6 batu nautika dari barat laut Pulau Talang sekitar jam 12.30 tengah hari semalam,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua bubu naga yang dirampas diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak rampas 61 set bubu naga

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI