Maritim Perak serah empat nelayan Indonesia

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menyerahkan empat nelayan warga Indonesia kepada wakil konsulat negara itu pada Ahad.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kesemua mereka yang berasal dari Medan Indonesia itu terdiri daripada Alang, 19, Rinaldifahmi, 17, Muhammad Fafli, 17 dan Herpandi, 17.

Menurutnya, vesel yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin pada kedudukan 37 batu nautika barat laut Pulau Jarak, dekat sini sekitar jam 10.30 pagi Khamis lalu.

Kata beliau, penyerahan empat nelayan itu dilakukan di hadapan wakil konsulat Indonesia iaitu Koordinator Fungsi Konsulat, Bapak Yoshi Iskanda di Ibu Pejabat Maritim Perak sekitar jam 12 tengah hari Ahad.

“Terdahulu vesel berkenaan telah dikesan oleh kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana Tun Abdul Jamil yang sedang melaksanakan rondaan di kawasan perairan tersebut.

“Pusat Operasi Maritim Perak kemudiannya telah menerima maklumat daripada Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM Lumut.

“KM Malawali diatur gerak ke lokasi pertemuan bersama kapal TLDM pada jarak 33 batu nautika barat laut Pulau Pangkor, bagi mengambil semua mangsa beserta vesel nelayan asing tersebut untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Maritim Perak serah empat nelayan Indonesia perairan negara indonesia konsulat
Empat nelayan Indonesia hanyut ke perairan negara selepas enjin vesel yang mereka naiki mengalami kerosakan pada enjin. . foto MARITIM PERAK.

Tambah Mohamad Shukri, semua mangsa menaiki vesel mereka sendiri setelah kerosakan enjin berjaya dibaiki dan diiringi sehiggga ke sempadan perairan negara bagi memastikan mereka selamat keluar.

“Penyerahan kesemua nelayan warga Indonesia ini mencerminkan hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan kedua-dua negara terjamin,” katanya lagi, – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak tahan bot tempatan, empat nelayan warga asing

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI