Maritim Perak tahan dua vesel tempatan langgar syarat sah lesen

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, menahan dua vesel nelayan tempatan (VNT) kelas B yang dipercayai melanggar syarat sah lesen dalam dua serbuan berasingan di sini, pada Selasa.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel pertama ditahan bersama seorang tekong warga tempatan dan dua kru warga Myanmar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah kira-kira 1.1 batu nautika barat daya Pulau Talang pada jam 3.33 pagi.

Menurutnya, vessel kedua yang dikendalikan seorang tekong dan seorang kru warga tempatan ditahan ditahan pada kedudukan 1.1 batu nautika barat laut Pasir Panjang, Segari sekitar jam 5.30 pagi semalam.

“Hasil risikan dan pemantauan berterusan serta maklumat dari orang awam, sebuah bot ronda pasukan operasi yang sedang melakukan rondaan rutin telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melakukan serbuan dan berjaya menahan kedua-dua vesel tersebut.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek yang tidak sempat melarikan diri telah berjaya ditahan Maritim Malaysia kerana sedang leka melakukan aktiviti perikanan di lokasi tersebut.

“Modus operandi bagi kedua-dua vesel ini ialah menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan gelap bagi mengaburi mata pihak berkuasa di lokasi yang tidak dibenarkan.

Maritim Perak tahan dua vesel tempatan langgar syarat sah lesen
Sebuah lagi vesel turut ditahan pada kedudukan 1.1 batu nautika barat laut Pasir Panjang, Segari sekitar jam 5.30 pagi semalam. Foto Ihsan Maritim Malaysia Perak

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua vesel terbabit disyaki melakukan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan selain kru warga Myanmar disyaki tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Kedua-dua vesel bersama nelayan serta tekong berusia antara 29 hingga 54 tahun ditahan dalam serbuan itu.

“Manakala hasil tangkapan dengan anggaran 280 kilogram berserta peralatan menangkap ikan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu beroperasi kurang dari lima batu nautika dari daratan serta menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Tambahnya, selain itu kes tersebut turut mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak beri bantuan nelayan warga Thailand cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI