Maritim Perak tahan lima nelayan termasuk tekong warga Myanmar

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C bersama lima nelayan warga Myanmar termasuk tekong di kedudukan 11 batu nautika barat Pulau Buloh, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel terbabit dikesan sekitar jam 1.45 petang oleh pasukan operasi KM Gagah ketika kapal maritim sedang melaksanakan rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas vesel tersebut mendapati ia dikendalikan seorang tekong bersama empat kru warga Myanmar berusia 21 hingga 41 tahun.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati, vesel terbabit telah melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang dari 15 batu nautika dan menggunakan nelayan asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua nelayan termasuk tekong yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah bersama sama mereka.

“Vesel bersama hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan turut dirampas, seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui. – MG Perak

Artikel  Berkaitan:

Maritim Perak serah tiga nelayan hanyut kepada Indonesia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI