Maritim rampas 143 set bubu naga di Perairan Perak

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau berjaya merampas sebanyak 143 set bubu naga di Perairan Kerian dan Larut Matang pada petang semalam serta kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, kesemua bubu naga itu dikesan melalui penemuan penanda botol dan bendera yang mencurigakan ketika dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi pertama pada kedudukan 5.0 batu nautika barat daya Pulau Sangga Besar pada petang 28 Januari menemukan sebanyak 80 unit bubu naga manakala 63 unit lagi ditemukan pada 27 Januari di kedudukan 6.14 batu nautika barat Pulau Terong.

Maritim rampas 143 set bubu naga di Perairan Perak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau berjaya merampas sebanyak 143 set bubu naga di Perairan Kerian dan Larut Matang pada petang semalam serta kelmarin. Foto ihsan Maritim Malaysia

“Kesemua bubu naga dianggarkan bernilai lebih RM8,000 dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa lesen.

Katanya, s ebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-727 9919 atau MERS 999 untuk tindakan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim rampas 30 set bubu naga di Pulau Talang

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI