Maritim rampas 40 set bubu naga di perairan Perak

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), berjaya merampas 40 set bubu naga atau bubu kambang di perairan Negeri Perak pada Selasa.

Bubu berukuran panjang 10 meter itu dirampas pada kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika barat daya dari Pulau Talang, dekat sini kira-kira pada jam 6.53 petang.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bubu naga itu berjaya dikesan bot ronda yang sedang melaksanakan Op Sayong, Op Pintas, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan negeri.

Beliau berkata, ketika menyusuri kawasan terbabit pihaknya menjumpai pancang kayu yang dipasang bendera serta diikat bersama pelampung dalam keadaan mencurigakan di permukaan air disyaki bubu naga.

“Hasil tinjauan mendapati, pancang kayu berkenaan adalah penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

bubu naga perairan Perak negeri perak Maritim Malaysia Negeri Perak bubu naga perairan Perak negeri perak Maritim Malaysia Negeri Perak
Bubu yang berukuran panjang 10 meter itu dirampas pada kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika barat daya dari Pulau Talang, foto ihsan MARITIM MALAYSIA

Menurut beliau, pemilik bubu itu boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jelas beliau lagi, individu itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau, kedua-duanya jika disabit kesalahan.

“Penggunaan bubu naga diharamkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia mulai 1 November 2018 kerana sifatnya yang selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.

“Bubu naga ini mempunyai banyak injap dan bermata kecil itu bukan yang boleh memusnahkan ekosistem serta sumber hasil laut dalam jangka masa panjang.

“Malah, ia menjejaskan pendapatan nelayan terutamanya nelayan pantai atau tradisional yang menggunakan cara penangkapan biasa seperti menggunakan pukat hanyut,” ujar beliau. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim tahan 14 warga asing dan tiga bot kelas c

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI