Maritim tahan bot nelayan guna pukat rawa sorong

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan yang disyaki menjalankan aktiviti perikanan haram menggunakan pukat rawa sorong di kedudukan 2.4 batu nautika barat daya Pulau Sangga Besar dekat Kuala Kurau, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, penahanan itu dibuat susulan aduan yang diterima daripada orang awam.

“Pemeriksaan mendapati dua lelaki warganegara tempatan sedang menggunakan peralatan haram tersebut untuk menangkap ikan.

“Berikutan itu, operasi di kawasan perairan Kerian dan Larut Matang akan diperketatkan bagi menangani penyalahgunaan kaedah menangkap ikan oleh sesetengah pihak,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes  disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan tindakan undang-undang akan diambil selepas siasatan lengkap dijalankan.

Dalam pada itu, Mohd Hairil turut menegaskan bahawa penggunaan peralatan menangkap ikan yang dilarang menjejaskan kelestarian sumber perikanan dan usaha pengurusan perairan secara mampan.

“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan, khususnya di perairan yang sering dilaporkan, dan menekankan bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di Zon Maritim Malaysia,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim tahan bot nelayan langgar syarat lesen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI