Maritim tahan dua vesel, empat nelayan asing di perairan Perak

KERIAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua vesel nelayan tempatan kelas B bersama empat nelayan warga asing di perairan Negeri Perak, pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kurau, Leftenan Maritim Syuhadha Sharip berkata, dua vesel pukat tunda berkenaan ditahan ketika melakukan aktiviti perikanan pada kedudukan 0.8 batu nautika barat daya dari Pulau Sangga Besar, dekat sini, pada jam 1.35 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit menggunakan nelayan asing warga Myanmar tanpa kebenaran selain kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui.

“Semua nelayan terbabit ditahan selain vesel dan hasil tangkapan bersama peralatan menangkap ikan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, Maritim Malaysia meminta agar komuniti maritim untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak rampas 30 set bubu naga bernilai RM3,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI