Maritim tahan nelayan tangkap bilis luar kawasan dibenarkan

IPOH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah vesel pukat jerut bilis selepas dipercayai melanggar syarat sah lesen di kedudukan kira-kira 0.3 batu nautika barat Telok Belanga, Lumut.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, vesel berkenaan ditahan bot ronda sekitar jam 3.11 pagi pada Isnin.

Menurut beliau, tangkapan berkenaan dibuat dengan membabitkan seorang tekong warga tempatan dan 12 kru membabitkan dua warga tempatan serta sepuluh orang warganegara Indonesia berumur lingkungan 24 hingga 69 tahun.

“Kesemua nelayan berkenaan ditahan, manakala bot dan hasil tangkapan ikan bilis dengan anggaran 30 kilogram serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu beroperasi kurang dari 1.0 batu nautika dari Pantai atau daratan,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, berikutan tangkapan tersebut, Maritim Malaysia mengarahkan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.

Katanya lagi, orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI