Maritim tahan nelayan warga Myanmar di Pulau Rumbia

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas C bersama lima nelayan warga Myanmar termasuk tekong tanpa permit sah, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bot itu ditahan kira-kira jam 10.27 pagi di kedudukan 15 batu nautika tenggara Pulau Rumbia, di sini.

Menurutnya, vesel tersebut dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan operasi KM Gagah ketika melakukan rondaan di lokasi terbabit.

“Kita telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat nelayan warga Myanmar berumur dalam lingkungan 18 hingga 52 tahun.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati, vesel terbabit menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Selain itu, kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah kecuali tekong telah mengemukakan dokumen pengenalan diri.

“Kesemua kru yang ditahan tidak menunjukkan rasa bersalah kerana melakukan kerja berkenaan tanpa mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah bersama mereka.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui serta tekong tidak menggunakan laluan pintu keluar/masuk ke Malaysia yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, vesel dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim tahan vesel, tongkang bawa ‘gypsum’ hampir RM1 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI