Masjid, surau di Perak disaran sedia makanan percuma harian

IPOH – Masjid dan surau di Perak disarankan supaya menyediakan makanan percuma secara harian bukan hanya secara bermusim bagi membantu golongan yang memerlukan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, inisiatif menyediakan makanan percuma secara harian untuk diagihkan kepada golongan memerlukan telah lama dilaksanakan oleh rumah ibadat bukan Islam.

Menurutnya, dengan keadaan semasa serta kenaikan harga barangan membuatkan bantuan makanan menjadi semakin penting, terutama bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

“Golongan tersebut bukan hanya makanan sebulan sekali atau setahun sekali. Bantuan makanan perlu diberikan secara berterusan.

Masjid disaran sediakan makanan percuma secara harian, bantu golongan memerlukan
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini ketika merasmikan Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran Persatuan India Muslim (PRIM) Perak dengan kerjasama Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di Ipoh pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MAC 2026.

“Bilangan orang yang hadir berbuka puasa di masjid kini jauh lebih ramai berbanding sebelum pandemik Covid-19, kerana pelajar bergantung kepada sumber yang terhad seperti biasiswa dan pinjaman.

“Sekurang-kurangnya satu bungkus nasi boleh disediakan untuk mereka. Ini bukan sahaja membantu mereka dari segi keperluan asas, tetapi juga membuka peluang dakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran Persatuan India Muslim (PRIM) Perak dengan kerjasama Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim; Pengerusi PRIM, Mohamed Arib Aliah dan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh.

Masjid disaran sediakan makanan percuma secara harian, bantu golongan memerlukan
Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk mengambil nasi beriani ayam secara percuma pada Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran Persatuan India Muslim (PRIM) Perak dengan kerjasama Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di Ipoh pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MAC 2026.

Dalam pada itu, Mohd Annuar turut memuji inisiatif sesetengah masjid di Ipoh yang menyediakan makanan setiap hari Jumaat.

”Orang ramai boleh menyumbang makanan secara potluck, contohnya sepuluh bungkus bihun, bagi membantu golongan memerlukan yang hadir untuk makan tengah hari dan menunaikan solat Jumaat.

“Sekurang-kurangnya satu bungkus nasi boleh disediakan untuk mereka. Ini bukan sahaja membantu mereka dari segi keperluan asas, tetapi juga membuka peluang dakwah,” jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Annuar berkata, MAIPk kini sedang menjalankan audit serta mengemas kini rekod tanah wakaf masjid di seluruh negeri.

Masjid disaran sediakan makanan percuma secara harian, bantu golongan memerlukan
Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk mengambil nasi beriani ayam secara percuma pada Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran Persatuan India Muslim (PRIM) Perak dengan kerjasama Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di Ipoh pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MAC 2026.

Katanya, proses itu penting bagi memastikan semua rekod tanah wakaf didokumentasikan dengan baik serta mengelakkan sebarang pertindihan atau pertikaian.

Tambahnya, pihaknya bekerjasama dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah serta pegawai daerah bagi menyemak status tanah wakaf secara berperingkat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hentian masjid saji juadah percuma untuk musafir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI