Masyarakat berbilang kaum diingatkan pelihara keamanan – MB Perak

TAPAH – Masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum diingatkan untuk terus menghargai serta memelihara keamanan yang dinikmati di negara serta negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, nkmat keamanan yang dikecapi ketika ini telah memberi peluang rakyat baik yang berada di bandar mahupun luar bandar, untuk menjalani rutin kehidupan dengan aman.

“Mengambil contoh situasi wilayah negara luar yang sedang bergolak dengan peperangan, masyarakat di sana tidak dapat hidup dengan sejahtera.

Saarani ingatkan rakyat pelihara keamanan Saarani Mohamad keamanan rakyat Masyarakat berbilang kaum Malaysia Keamanan negara dan negeri Perak Taman permainan awam Bidor Pembangunan luar bandar Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Taman Permainan Awam di Kampung Baru Coldstream, Bidor, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

“Oleh itu, semua pihak diminta untuk terus memelihara keamanan dan kesejahteraan ini kerana hanya dengan situasi damai ia memberi kita ruang untuk menjalani rutin kehidupan dengan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Taman Permainan Awam, Kampung Baru Coldstream di Bidor, dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching.

Saarani ingatkan rakyat pelihara keamanan Saarani Mohamad keamanan rakyat Masyarakat berbilang kaum Malaysia Keamanan negara dan negeri Perak Taman permainan awam Bidor Pembangunan luar bandar Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) merasmikan Taman Permainan Awam di Kampung Baru Coldstream, Bidor, pada Jumaat. Turut sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching (dua, kiri). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

Saarani berkata, sebahagian besar masyarakat di kawasan luar bandar di Perak adalah merupakan golongan petani yang bergantung kepada tanah untuk bercucuk tanam dan menjana pendapatan.

Justeru kata beliau, keamanan adalah elemen penting dalam memastikan kelangsungan hidup serta pembangunan ekonomi rakyat di sesebuah negeri mahupun negara.

“Kalau kita hidup dalam sebuah negara yang bergaduh, berperang, atau sebuah negara yang bercakaran, ia mewujudkan suasana tidak aman.

“Dan akhirnya kita semua akan takut untuk keluar mencari rezeki kerana bimbang akan sebarang ancaman,” katanya lagi.

Terdahulu Saarani berkata, pelbagai usaha menaik taraf kemudahan yang memenuhi keperluan penduduk di Taman Permainan Awam Kampung Baru Coldstream berjaya disiapkan pada Disember lalu.

Saarani ingatkan rakyat pelihara keamanan Saarani Mohamad keamanan rakyat Masyarakat berbilang kaum Malaysia Keamanan negara dan negeri Perak Taman permainan awam Bidor Pembangunan luar bandar Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melakukan tinjauan ketika hadir ke Majlis Perasmian Taman Permainan Awam di Kampung Baru Coldstream, Bidor, pada Jumaat. Turut sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.
Taman Permainan Awam di Kampung Baru Coldstream, Bidor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

Kata beliau, sebanyak RM99,950 telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi kerja-kerja menaik taraf taman permainan itu mengikut garis panduan Dasar Landskap Negara dan Garis Panduan Landskap Negara Taman (GPLNT) pada tahun lalu.

Malah Saarani memberitahu, dana sebanyak RM70,000 telah disalurkan untuk menaik taraf sistem perparitan, manakala RM50,000 lagi digunakan untuk kerja-kerja penurapan semula jalan yang rosak di taman permainan tersebut.

“Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, taman ini diharap dapat menjadi ruang yang dimanfaatkan sepenuhnya.

“Ia termasuk melalui aktiviti senamrobik, program keluarga, riadah petang serta pelbagai inisiatif komuniti yang menyokong amalan gaya hidup sihat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Cahaya pelita panjut sinari semangat perpaduan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI