Masyarakat berbilang kaum perlu bertolak ansur – PM

KUALA LUMPUR – Masyarakat berbilang kaum dan agama perlu sentiasa menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk hidup sebagai sebuah komuniti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gesaan itu telah beliau tekankan ketika berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Al-Taqwa, ketika kunjungan bersama delegasi Malaysia yang turut disertai isteri beliau, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Melbourne, Australia.

“Hatta, dunia boleh menjadikan Australia sebagai contoh untuk menghormati komuniti minoriti Islam di negara itu dalam kalangan masyarakatnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Perdana Menteri berkata, sebelum itu beliau dibawa melihat kawasan sekitar selain ditemuramah pelajar kolej berkaitan isu global, Gaza, Islamophobia dan terkait Islam amnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI