‘Mata buta terkena serpihan jerangkap samar, saya rasa sudah hendak mati’

IPOH – Walaupun 44 tahun berlalu, namun insiden mencacatkan mata kiri sehingga buta akibat terkena serpihan bom jerangkap samar dalam operasi memburu komunis masih segar dalam ingatan Musa Abdul Manaf.

Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini menjangkau usia 64 tahun itu berkata, kejadian itu berlaku ketika sedang menjalankan operasi di Durian Burung, Padang Terap di Kedah pada 30 Julai 1980.

Mengimbau kembali insiden, dia yang ketika itu berkhidmat dalam Batalion ke-9, Rejimen Askar Melayu Diraja (Payung Terjun) bersama seorang rakan telah terpijak jerangkap samar yang dipasang komunis.

Mata buta terkena serpihan jerangkap samar, saya rasa sudah hendak mati Veteran tentera Musa sultan nazrin
Perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Katanya, akibat daripada itu rakannya mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki sementara serpihan jerangkap samar itu mengenai mata kirinya.

“Ketika itu kami hanya tinggal berdua kerana terpisah dengan rakan-rakan lain. Ia sedikit sebanyak mendatangkan rasa takut kepada saya, walaupun ketika itu masih bersemangat.

“Situasi yang saya alami adalah pandangan kabur, ditambah berlaku pendarahan yang agak teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu, dan saya ketika itu saya rasa seperti sudah hendak mati,” katanya.

Mata buta terkena serpihan jerangkap samar, saya rasa sudah hendak mati Veteran tentera Musa sultan nazrin
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris (tengah) beramah mesra bersama pesara polis ketika hadir ke Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Beliau berkata demikian ketika selepas Majlis Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 peringkat negeri yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim

Musa antara sembilan ‘wira negara’ bekas anggota pasukan unit beruniform yang diraikan dan disantuni Sultan Nazrin.

Mereka terdiri daripada empat Veteran ATM, lima pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Mata buta terkena serpihan jerangkap samar, saya rasa sudah hendak mati Veteran tentera Musa sultan nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Kesemua individu berkenaan menerima wang tunai RM1,000 dan plak penghargaan sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan.

Penghargaan itu diadakan bagi mengenang jasa dan sumbangan yang dicurahkan mereka kepada negara sepanjang tempoh berkhidmat sebagai anggota unit beruniform.

Mata buta terkena serpihan jerangkap samar, saya rasa sudah hendak mati Veteran tentera Musa sultan nazrin
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Musa Abdul Manaf, 64, ketika sesi temubual pada Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Tambah datuk kepada lapan cucu itu, ketika kejadian mereka sedang dalam perjalanan menuju ke lokasi pendaratan helikopter untuk pulang ke kem selepas selesai operasi.

“Selepas melihat rakan saya cedera, saya hendak menolongnya tetapi pandangan saya mulai kabur akibat serpihan jerangkap samar itu.

“Namun saya bersyukur, selepas kedua-dua kami berjaya dijejaki rakan sepasukan yang terpisah sebelum kami dibawa ke helikopter untuk dirawat,” katanya lagi.

Perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Menurut Musa lagi, akibat daripada kecederaan yang dialami, dia kini memakai mata palsu pada sebelah kiri.

Di sebalik ujian yang menimpa dirinya, anak kelahiran Lenggong itu memberitahu seorang anak lelakinya yang kini berusia 40an sedang berkhidmat sebagai anggota tentera di Pulau Pinang dan menyifatkan ia sebagai penerus legasinya.

Mengulas tentang kemerdekaan negara, Musa berkata, sebagai bekas anggota tentera, semangat juang masih dirasai tatkala tiba pada Bulan Kebangsaan.

“Sesetengah orang lain mungkin ada yang rasa biasa apabila tiba Sambutan Hari Kemerdekaan. Namun, bagi kami yang pernah merasai pahit-getir mempertahankan kedaulatan negara, sudah pasti perasaan menyambutnya berbeza.

“Sebagai bekas anggota tentera, memang saya akan berasa semangat mengenangkan negara kini telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 60 tahun.

“Kadang-kala ada juga perasaan sayu apabila terkenang akan rakan-rakan seperjuangan yang telah meninggal dunia,” katanya lagi.

Pada majlis, selain bekas-bekas anggota pasukan unit beruniform, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan anugerah kepada pemenang bagi acara perbarisan dan keceriaan Hari Kebangsaan Ke-67.

Bagi acara perbarisan kawad terbaik, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dinobatkan sebagai juara bagi kategori jabatan kerajaan, sementara juara kategori pejabat daerah disandang Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kinta.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyerahkan Anugerah Cura kepada Johan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah pada Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah masing-masing menjuarai kawad terbaik kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, NGO dan Swasta serta Institut Pendidikan Awam, Swasta dan Sekolah.

SMJK Sam Tet menyandang juara pancaragam terbaik, sementara Majlis Bandaraya Ipoh diumum pemenang bagi pakaian terbaik.

Pada masa, baginda turut berkenan menyampaikan anugerah kepada enam pemenang bagi pertandingan keceriaan Bulan Kebangsaan Negeri Perak.

Mereka adalah Majlis Perbandaran Kuala Kangsar; Kampung Batu 8 Jalan Tanjung Tualang; Mohd Azan Ramli; Majlis Daerah Perak Tengah; SMK Raja Lope Nor Rashid serta SK Teluk Medan Bagan Serai. – MG Perak

TONTON VIDEO:

MGPerak: 44 Tahun Berlalu, Serpihan Jerangkap Samar Butakan Mata Veteran ATM Segar Diingatan

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI