Mayat bayi dipercayai dibuang di longkang ditemukan lemas

PARIT – Mayat dipercayai bayi baharu dilahirkan ditemui lemas di dalam longkang berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, di sini, pada Ahad.

Penemuan berkenaan dikongsi salah seorang penduduk di kawasan berhampiran selepas melihat kenderaan polis di lokasi berkenaan membawa mayat bayi tersebut.

Difahamkan bayi tersebut dibuang ke dalam longkang dipenuhi air oleh individu lelaki yang tidak dikenali identitinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi MG Perak memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berkaitan kes berkenaan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI