Mayat bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam beg di tepi sungai

TAIPING – Mayat bayi perempuan baru lahir dalam keadaan dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg ditemui di kawasan tepi Sungai Larut, Simpang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, penemuan mayat bayi itu susulan pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Taiping berhubung seorang pesakit wanita warga Kemboja yang dimasukkan ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, wanita berusia 43 tahun itu berada dalam keadaan sedar dan baru melahirkan anak tetapi memaklumkan bayi tersebut telah meninggal dunia.

“Bagaimanapun bayi itu tidak dibawa bersama wanita tersebut ke hospital.

“Susulan daripada maklumat yang diterima sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah digerakkan bagi mengesan suspek dan telah berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 34 tahun kurang 24 jam.

“Suspek telah menunjukkan mayat bayi tersebut dibuang iaitu di kawasan tepi Sungai Larut, Simpang.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki dan wanita terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang kanak-kanak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI