Mayat lelaki lemas ditemukan di Sungai Kinta

PASIR SALAK – Seorang lelaki ditemukan lemas di lombong dekat Sungai Galah di Sungai Kinta, dekat Kampung Gajah, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat yang belum dikenaitu ditemui selepas dihanyutkan sejauh 20 kilometer (km) dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat terapung itu pada jam 9.30 malam tadi dan jentera tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Kita terima maklumat daripada pihak polis dipercayai terdapat satu mayat terapung di permukaan air Sungai Kinta dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan namun mayat tersebut tidak dijumpai di sekitar kawasan yang dimaklumkan oleh pihak polis.

“Pasukan penyelamat menemui mangsa 20 kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat dalam keadaan terapung di tepi sungai pada jam 2.20 pagi tadi.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah mengesahkan penemuan mayat tersebut.

“Setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti lagi,” katanya ketika dihubungi pagi ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki terjatuh ketika tambat tali sauh ditemukan lemas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI