Mayat lelaki rentung ditemukan di ladang

KULIM – Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan rentung bersama-sama sebuah motosikal di Ladang Anak Kulim dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Zulkifli Azizan berkata anggota Pondok Polis Terap dimaklumkan kejadian menerusi panggilan pada 2.25 petang oleh orang awam yang ke situ untuk menahan burung.

“Semasa meronda di lereng bukit bersebelahan lokasi kejadian, dia terlihat satu mayat dan sebuah motosikal dalam keadaan rentung, menyebabkannya terus beredar untuk memaklumkan polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata siasatan di tempat kejadian mendapati mayat dalam proses pereputan manakala motosikal turut terbakar.

“Berdasarkan pengecaman ke atas motosikal, waris mangsa berjaya dikesan dan waris memaklumkan mangsa berusia 77 tahun tidak pulang ke rumah selepas keluar empat hari lepas,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menahan reman dua lelaki berusia 22 dan 68 tahun sehingga 1 April untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.

Beliau berkata pengecaman mayat setakat ini berdasarkan motosikal manakala pengesahan identiti melalui asid deoksiribonukleik (DNA) masih menunggu laporan analisis.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian sehingga mengganggu siasatan.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI