Mayat lelaki warga asing ditemui terapung

HUTAN MELINTANG – Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di permukaan tepi sungai berhampiran pelantar salah sebuah kilang makanan laut  di Jalan Tepi Sungai, di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan bagi membantu pihak polis mengambil mayat seorang lelaki pada kira-kira jam 1.05 petang.

Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 1.14 petang.

“Kami menerima maklumat dari pihak polis untuk mengambil satu mayat lelaki warga asing yang terapung di tepi sungai.

“Anggota diarahkan untuk mengambil mayat dan menyerahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi disertai seramai enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohd Rozali Uyop.

“Operasi tamat tepat jam 2.10 petang,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat wanita ditemukan terapung di lombong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI