Mayat lelaki warga emas ditemukan di pantai Pulau Pangkor

LUMUT – Mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai lemas ditemukan di kawasan pesisir Pantai Pasir Bogak di Pulau Pangkor, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, ia susulan Balai Polis Pangkor yang menerima maklumat awam berkenaan penemuan mayat itu pada jam 11.24 pagi.

Katanya, pasukan yang tiba di lokasi mendapati lelaki berkenaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Kesihatan Pangkor.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Hasbullah, hasil semakan pihaknya mendapati mangsa sebelum ini telah dilaporkan hilang pada 12 Januari lalu.

Kata beliau, pihak keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan lelaki yang berusia 87 tahun itu di Johor Bharu selepas lelaki itu keluar dari rumah bersendirian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian yang berlaku boleh menyalurkan maklumat ke Balai Polis Pangkor di talian 056851222.

“Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung di talian 05-6886222 dan hotline whatsapp 014-6828005,” tambah beliau. – MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Hospital Taiping cari waris mayat tidak dituntut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI