Mayat nelayan jatuh bot di laut ditemui

BAGAN DATUK – Mayat seorang nelayan warga tempatan yang didakwa terjatuh ke dalam laut di perairan Sungai Burung, di sini, pada Khamis ditemui mati, pagi tadi.

Mangsa Heng Swee Pau, 46, dari Kampung Bagan Sungai Burung, di sini, ditemui tidak jauh dari lokasi beliau didakwa terjatuh selepas bot dinaikinya dipukul ombak.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, mayat nelayan tersebut ditemui pada jam 9 pagi oleh pasukan mencari.

Menurut beliau, polis telah menerima laporan kehilangan mangsa yang dibuat adiknya yang mendakwa mangsa terjatuh jam 11.30 pagi semalam.

“Bot yang dinaiki mangsa telah bergoyang dipukul ombak hingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut dan hilang dipercayai lemas.

“Usaha mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh pihak Polis bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta nelayan dengan menggunakan bot dan dron,” katanya pada MG Perak, pada Jumaat.

Tambah beliau operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguh sebelum diteruskan pagi ini dan berjaya menemui mayat mangsa.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI