Mayat reput, dimamah biawak ditemukan di sungai

TELUK INTAN – Satu mayat reput dalam keadaan tidak sempurna ditemukan tersangkut di sebatang kayu di Sungai Batu 3 ½, Jalan Maharajalela di sini tengah malam kelmarin.

Difahamkan beberapa bahagian mayat berkenaan telah dimamah biawak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam sekitar jam 12.16 tengah malam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa ditemukan tersangkut di batang kayu secara melintang di anak sungai tanpa berpakaian.

“Keadaan fizikal mangsa sangat teruk kerana terdapat banyak bahagian tubuh yang telah dimakan oleh biawak dan bahagian muka mangsa sudah tidak sempurna.

“Sehubungan itu, kita meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Teluk Intan untuk membawa naik mangsa ke darat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menemui sebarang pengenalan diri daripada mangsa terbabit dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati punca kematian adalah di sebabkan mayat reput (unascertained decomposition). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Akibat berebut harta, abang, kakak ipar maut

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI