Mayat suspek lari dari Ops Tapis ditemukan terapung di Sungai Perak

GERIK – Mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Perak dekat Kampung Jagor di sini, petang semalam dipercayai suspek yang melarikan diri daripada Ops Tapis pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, mayat mangsa berusia 45 tahun itu ditemui oleh orang awam, kira-kira jam 5.40 petang

Menurutnya, hasil operasi yang dijalankan bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mayat mangsa berjaya dibawa ke jeti Kampung Jagor sekitar jam 7.40 petang dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Gerik untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati, mangsa adalah individu sama yang melarikan diri sewaktu Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik menjalankan Ops Tapis pada 25 Julai lalu.

“Sewaktu operasi dijalankan berhampiran kawasan kebun durian berhampiran Titi Batu 6 Bersia itu, mangsa telah melarikan diri ke arah sungai dan tidak dapat dikesan.

“Operasi mencari telah dijalankan sehinggalah mangsa dijumpai semalam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat telah reput.

“Tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan jenazah mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat nelayan jatuh bot di laut ditemui

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI