Mayat wanita ditemukan terapung di lombong

IPOH – Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemukan terapung di lombong Bandar Lahat Mines di sini, pada Sabtu.

Difahamkan, mayat wanita itu ditemukan orang awam sewaktu berjogging di kawasan lombong tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat yang dipercayai baru meninggal dunia itu turut ditemukan bersama kad pengenalan diri.

“Kami menerima panggilan untuk membantu pihak polis mengambil mayat mangsa berusia 22 tahun itu kira-kira jam 10.20 pagi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh ke lokasi.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke permukaan darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, operasi tamat pada jam 11.24 pagi dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki lemas ditemukan di Sungai Kinta

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI