MB Perak ucap takziah atas pemergian ADUN Ayer Kuning

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, petang tadi.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Mendapat khabar duka akan pemergian sahabat saya, YB Tuan Haji Ishsam Shahruddin, ADUN Ayer Kuning lewat petang tadi.

“Ya Allahu Azza Wa Jalla, au ampunilah dosa-dosanya, Kau kasihanilah dia dan terimalah segala amalan kebaikannya di dunia ini.

“Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh. Allahumma-Amin,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya malam ini.

Allahyarham Ishsam menghembuskan nafas terakhir ketika menyertai perlawanan persahabatan empat penjuru antara pasukan veteran bola sepak Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Ishsam yang pertama kali bertanding memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mengalahkan empat calon lain dengan majoriti 2,213 undi.

Allahyarham yang dilahirkan pada 31 Ogos 1966 di Sungkai itu juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Isham meninggalkan seorang balu, Rozlita Abdullah dan empat cahaya mata masing-masing dua lelaki dan perempuan.

Ketika hayat Allahyarham memegang beberapa jawatan termasuk Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Perak; Presiden Bola Sepak Daerah Batang Padang serta Penaung Akademi Bola Sepak Ishsam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI