IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi.
“Terima khabar duka akan pemergian YB Datuk Seri Bung Moktar Bin Radin awal pagi tadi.
“Pemergian ini merupakan satu kehilangan yang amat dirasai khususnya buat UMNO, negeri Sabah dan juga negara.
“Mari kita sama-sama sedekahkan Al- Fatihah buat Allahyarham dan mendoakan mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah mengharungi saat-saat getir ini,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau pada Jumaat.
Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun di Hospital Gleneagles di Kota Kinabalu, Sabah sekitar jam 1.46 pagi Jumaat dipercayai akibat kegagalan buah pinggang.
Berita sedih pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebooknya.
Allahyarham meninggalkan dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimudin bersama tiga anak dan Datin Seri Zizie Ezette Abdul Samad bersama lima anak. – MG Perak
Artikel Berkaitan:


