MBI bakal laksana larangan jual arak di kawasan majoriti muslim di Ipoh

IPOH – Pelaksanaan dasar larangan penjualan minuman keras oleh premis perniagaan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam bakal dilaksanakan di bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia selepas terdapat permintaan daripada penduduk di kawasan terlibat untuk Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melaksanakan larangan berkenaan seperti di Gugusan Manjoi sebelum ini.

Menurut beliau, pelaksanaan larangan menjual minuman keras di Gugusan Manjoi telah dikuatkuasakan sekitar tahun 2000 dan 2021 susulan bantahan besar-besaran oleh penduduk setempat.

“Tapi sekarang ini ada kelompok penduduk di kawasan majoriti Melayu yang luar daripada Gugusan Manjoi yang mendesak buat macam Manjoi juga (larangan penjualan minuman keras).

“Saya beri contoh macam kawasan kampung saya dekat Ulu Chepor. Memang Ulu Chepor ini macam Manjoi juga, 100 peratus penduduk Melayu Islam, jadi mereka pun nak buat macam Manjoi juga dan secara prinsipnya kita setuju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Restoran Feng Cha TLF, di Pusat Perdagangan Canning II, di sini, pada Sabtu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pada sidang media majlis perasmian Kafe Feng Cha di Canning 2, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 JANUARI 2025.

Tambah Rumaizi, mesyuarat di peringkat MBI sebelum ini telah meluluskan dasar untuk membuat kajian jika terdapat tuntutan penduduk majoriti beragama Islam sebelum larangan penjualan minuman keras dikuatkuasakan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak MBI telah mengenal pasti beberapa kawasan yang menuntut larangan menjual minuman keras melibatkan Tambun, Rapat Setia dan Sungai Rokam.

Jelasnya, MBI secara prinsipnya bersetuju untuk melihat kawasan tersebut satu persatu sebelum melaksanakan kajian dan mengambil kira kesesuaian serta pandangan pelbagai pihak.

“Banyak kawasan yang majoriti Melayu macam Manjoi nak buat macam Manjoi (tiada jualan minuman keras). Jadi kita kena layan semua pihak, tak boleh kita cakap tak boleh pula.

“Kalau perlu pendengaran awam, kita buat pendengaran awam. Kita tengok macam mana pelaksanaannya,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Larangan pamer produk vape, rokok perlu dikuatkuasa segera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI