MBI buka platform kepada warga Ipoh salur Idea Bajet 2026

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengalu-alukan warga kota untuk tampil menyalurkan cadangan Bajet 2026 bagi memastikan kesejahteraan dan pembangunan bandar raya ini kekal berdaya saing.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, idea yang dikemukakan akan dijadikan sebagai input utama dalam penyediaan bajet pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

“Oleh itu, gunakan platform yang disediakan sebaik mungkin supaya MBI dapat meneliti setiap cadangan yang diberikan sebagai input dalam penyediaan program pembangunan fizikal, sosial, kawalan perancangan dan perkhidmatan bandar raya ini.

“Perkara tersebut perlu direncana secara terancang demi kesejahteraan dan keharmonian semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut boleh disalurkan menerusi pautan https://ideabajet.mbi.gov.my atau imbas kod QR yang disediakan di portal rasmi MBI sebelum tarikh tutup pada 30 Jun depan.

“Sehubungan itu, kita akan memastikan bajet yang disediakan nanti dapat memenuhi keperluan warga kota,” ujarnya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

‘Warga Ipoh adalah majikan kita’ – Datuk Bandar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI