MBI dalam usaha naik taraf Gerbang Malam – Sandrea

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghantar permohonan kepada beberapa kementerian berkaitan dalam usaha untuk menaik taraf Gerbang Malam.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, beberapa permohonan sudah dikemukakan bagi melaksanakan projek itu sepanjang tahun 2023.

Menurutnya, sebelum ini peruntukan RM2.6 juta yang diterima oleh MBI hanya cukup untuk melaksanakan kerja pembinaan struktur bumbung sepanjang 185 meter yang telah siap sepenuhnya pada April lalu.

“MBI sudah membuat permohonan kepada beberapa kementerian yang berkenaan bagi mendapatkan peruntukan untuk melaksanakan struktur teduhan fasa kedua sepanjang 171 meter, kerja-kerja elektrik dan pembinaan penjalan kaki,” katanya menerusi hantaran Facebook rasmi beliau hari ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Sandrea Ng berkata, kerajaan dan MBI sentiasa komited untuk menambah baik prasarana awam termasuk di kawasan perniagaan demi keselesaan peniaga dan pengunjung.

“Justeru, kita berharap semua pihak terus bekerjasama erat supaya projek fasa seterusnya dapat mula dilaksanakan dalam masa terdekat untuk kebaikan semua,” ujarnya.

Sebelum ini, MG Perak melaporkan, sebahagian daripada 130 peniaga berlesen Gerbang Malam di sini meluahkan rasa tidak puas hati kerana bumbung di lokasi tumpuan pelancong itu hanya dibina separuh sahaja.

Sehubungan itu, peniaga di kawasan itu berharap perkara tersebut dapat diselesaikan segera. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Peniaga desak isu bumbung Gerbang Malam diselesaikan segera

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI