IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan Operasi Meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan Fasa 2 pada Selasa lalu dan hari ini.
Menerusi kenyataan MBI pada Khamis, operasi tersebut melibatkan empat lokasi kawasan perumahan yang dikenal pasti mengadakan halangan di atas rizab jalan di sekitar bandar raya ini.
“Bagi memastikan kelancaran tindakan penguatkuasaan, operasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan pengeluaran Notis Roboh di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
“Operasi ini dilaksanakan dengan kekuatan kira-kira 50 anggota melibatkan pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak,“ katanya.
Katanya, operasi tersebut diadakan bermula jam 9 pagi dan selesai sekitar dua jam kemudian.
“Justeru, MBI akan terus komited melaksanakan tindakan bersepadu bagi memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan awam serta kelestarian persekitaran bandar raya ini,“ ujarnya. – MG Perak
Artikel Berkaitan: