MBI nafi beri kebenaran urus sewa kiosk, dakwa iklan palsu

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menegaskan pihaknya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk menguruskan tawaran penyewaan kiosk di kawasan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

Ini susulan satu hantaran di Facebook mengenai individu yang mendakwa menjadi orang tengah bagi permohonan kiosk tersebut dengan bayaran RM1,500 termasuk bayaran lesen.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, MBI menegaskan bahawa tiada sebarang kebenaran telah diberikan kepada individu terbabit untuk menguruskan tawaran penyewaan kiosk tersebut.

Menurutnya, promosi yang dilakukan adalah satu bentuk iklan palsu dan mengelirukan, dan pihak MBI menasihati orang awam yang berminat supaya berhati-hati.

“MBI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menerima tawaran yang diiklankan secara tidak sah ini.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk menghubungi pejabat MBI di Unit Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berkaitan permohonan mana-mana premis gerai milik MBI,” katanya.

Dalam pada itu, MBI juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati memburukkan, memperlekeh atau mencemarkan nama baik MBI melalui penggunaan nama, premis atau kapasiti rasmi Majlis tanpa kebenaran. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PCCCI 118 Legacy Run, berlari sambil menghayati jalan bersejarah Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI