MCMC, Digital Perak jalin kerjasama laksana program Ipoh Bandar Pintar

IPOH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama dengan Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) dalam usaha pelaksanaan program bandar pintar di Bandar Raya Ipoh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama yang dicapai kedua-dua pihak melalui memorandum persefahaman (MoU) antara lain menggariskan usaha kolaboratif untuk mengenal pasti serta melaksanakan elemen teras bandar pintar.

Katanya, kerjasama strategik itu juga turut meliputi usaha mempertingkat infrastruktur digital, pemerkasaan pendidikan digital serta penyediaan kemudahan komuniti pintar.

MCMC Digital Perak kerjasama program Ipoh Bandar Pintar bandar raya Fahmi MoU
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap pada program ‘Perak Economic Outlook 2025’ di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 DISEMBER 2024.

“Persefahaman yang dimeterai ini adalah ke arah usaha mewujudkan bandar pintar yang akan bermula di Ipoh, sebelum dapat diperluaskan ke lokasi-lokasi lain yang akan ditentukan kerajaan negeri.

“Selain itu, melalui usaha ini MCMC akan bersedia untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat teknikal termasuk dalam soal capaian internet, penggunaan tandatangan digital, keselamatan siber dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Perak Economic Outlook 2025 di Pusat Konvensyen Casuarina di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, serta Penasihat Kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

MCMC Digital Perak kerjasama program Ipoh Bandar Pintar bandar raya Fahmi MoU
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika hadir pada program ‘Perak Economic Outlook 2025’ di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 DISEMBER 2024.

Terdahulu majlis pertukaran MoU antara MCMC dan Digital Perak disempurnakan Pengarah Urusan MCMC, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus serta Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir sambil disaksikan Saarani dan Fahmi.

Dalam pada itu tambah Fahmi, kerjasama yang dijalinkan itu juga akan melibatkan kerjasama berkaitan e-dagang dan latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

“Kesemua aspek kerjasama dan inisiatif tersebut bakal melonjakkan Bandar Raya Ipoh sebagai sebuah bandar raya pintar yang efisien, sekali gus memacu ekonomi Negeri Perak ke tahap yang lebih baik,” tambah beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Had umur guna media sosial: Kerajaan sedia ambil langkah tambahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI