Mega Little Hajj 2025 libat 12,000 peserta cilik

IPOH – “Saya pusing-pusing kaabah, selepas itu saya buat tawaf,” kata Wan Nurarsya Nazneen Wan Mohd Ashrul, 6, peserta program Mega Little Hajj 2025 peringkat negeri Perak yang diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Rabu.

Kegembiraan cukup jelas terpancar di wajah si cilik terbabit kerana mendapat peluang untuk melakukan simulasi ibadah haji bersama rakan-rakan sebayanya.

“Saya juga bangun awal sebab nak pergi Little Hajj dan suka duduk sini kerana tempat best,” ujarnya.

Peserta Mega Little Hajj 2025, Wan Nurarsya Nazneen Wan Mohd Ashrul, 6. Foto Syakir Yusof

Seorang lagi peserta, Harith Naufal Kamarulariffin, 6, yang lengkap berbaju ihram turut meluahkan keterujaannya kerana terpilih untuk menyertai program tersebut.

“Seronok (dapat sertai program) sebab ada buat sai, lontar jamrah, ada tawaf, tahallul (gunting rambut),” ujarnya.

Kedua-dua peserta terbabit adalah sebahagian daripada 688 kanak-kanak berusia 6 tahun dari Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Little Caliphs di seluruh Perak menyertai Program Mega Little Hajj Zon Perak 2025.

Hadir sama, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Perak, Mohd Hafiz Sulaiman.

Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Perak, Mohd Hafiz Sulaiman program Mega Little Hajj 2025 peringkat negeri Perak yang diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Rabu. Foto Syakir Yusof

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn Bhd, Datuk Roslan Nordin berkata, program tersebut bakal mencipta rekod baharu dalam Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai penyertaan serentak terbesar bagi simulasi ibadah haji oleh melibatkan penyertaan 11,992 kanak-kanak.

Katanya, acara itu akan berjalan serentak melibatkan Tadika Little Caliphs di seluruh negara pada 28 dan 29 Mei.

“Tujuan program ini adalah untuk menanam rasa keagungan terhadap perintah Allah iaitu Rukun Islam menunaikan haji.

“Sebulan sebelum acara bermula, anak-anak ini didedahkan berhubung aspek berkaitan haji berteraskan nilai keimanan dan ketakwaan melalui kaedah project based learning (pembelajaran berasaskan projek),” katanya.

Beliau berharap sasaran penyertaan seramai 20,000 pelajar dalam program berkenaan akan tercapai pada masa akan datang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jemaah haji dinasihat elak terdedah cuaca terik, ikut perintah ‘lockdown’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI