Menteri, PBT mesti tunjuk contoh daulatkan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR – Pengunaan Bahasa Melayu di tempat awam lebih-lebih lagi dalam acara kerajaan sewajarnya menjadi kemestian.

Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata, ia merupakan antara usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menambah, Menteri khususnya serta pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membudayakan peraturan tersebut.

“Ungkapan BM (bahasa Melayu) wajib ada di samping bahasa lain (jika perlu).

“Menteri dan yang berkuasa di PBT mesti menunjukkan contoh mendaulatkan BM seperti yg telah dipetuntukkan dalam Perlembagaan negara,” katanya menerus laman sosial Facebook beliau semalam.

Sebelum ini, wujud pertikaian penggunaan nama projek pencahayaan bandar di Bukit Bintang yang menggunakan bahasa Inggeris iaitu `I LITE U’ yang disifatkan membelakangkan bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, penggunaan nama dalam bahasa Inggeris itu hanya bersifat gimik pemasaran bagi menarik perhatian pelawat khususnya pelancong antarabangsa.

Menurut beliau, penggunaan nama Bahasa Inggeris itu mempunyai maksud tersendiri dan bukan bertujuan mengenepikan bahasa Melayu.

Jelas Maimunah, nama itu diambil daripada Innovative, Lighting, Infrastructute, Towards, Eco-Elegance and Urbanisation yang merangkumi aspirasi bandar raya ini menjadi bandar pintar, lestari dan indah pada waktu malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI