MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

KUALA LUMPUR – Beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 12 tengahari ini.

Dalam amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) jam 9 pagi ini, agensi itu memaklumkan cuaca buruk dijangka melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.

Manakala di Perak pula, kawasan yang dijangka terbabit ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak sementara di Selangor adalah kawasan Sabak Bernam. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI