MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat sangat lebat berterusan melibatkan kawasan-kawasan tertentu di beberapa negeri antara 24 hingga 26 November.

Di Kelantan, amaran hujan bahaya diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga 25 November ini.

Manakala amaran buruk – hujan lebat berterusan sehingga tempoh sama turut dikeluarkan di Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Selain itu di Hulu Perak (Perak); Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Hujan berterusan (waspada) pula dijangka berlaku sehingga 24 November ini di Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Sementara itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku sehingga 26 November di Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI