Suasana meriah di Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Daerah Hilir Perak Tahun 2025 di Sekolah Kebangsaan Permatang, Sungai Manik, Teluk Intan, diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Turut hadir mengiringi beliau Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Pelbagai acara tradisional dan moden seperti bola tampar wanita, larian berpasangan, bawa bola dalam sudu, tarik tali, memanjat tiang licin, pukul bantal, tangkap ikan dan tunggangan ATV disertai penduduk setempat dengan penuh gelak tawa, mengeratkan ukhuwah dan semangat komuniti. – MGPerak